Tuesday, November 30, 2010

SEBAB...AYAH LELAKI......

Suatu hari, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-kedut. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.


Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.


Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang seorang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuatkan anak wanita itu bertambah kebingungan.


Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluh pun dengan keadaannya yang membongkok itu.


Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.


Anak perempuannya itupun kemudian mula meningkat dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang dulunya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok?


Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.


"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."


"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."


"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."


"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasa demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."


"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."


"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apa jua sekalipun, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang sentiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri teguh, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi antara satu sama lain."


"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu sentiasa berusaha sekuat daya pemikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongkok-bongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan seluruh tenaga dan segenap perasaan, kekuatan, demi kelangsungan hidup keluarganya."


"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab ini penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh seorang lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."


Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.


"Aku dapat mendengar dan merasakan bebananmu, wahai Ayahku."


***********************************************************


Sahabatku, masih ada perasaan bencikah di hatimu terhadap ayahmu, yang mungkin kelakuannya yang tidak sesuai dengan keinginan kita?


Sudahkah engkau membandingkan segala kekurangan beliau, dengan segala jasa beliau kepada kita sejak kita masih dalam kandungan ibu?


Kadang-kadang tanpa sedar, masih banyak di antara kita yang kurang bangga terhadap ayah kita, kerana pekerjaan beliau.


Kita merasa malu ketika banyak orang mengetahui orang tua kita hanya orang kampung, yang miskin. Ah… layakkah kita disebut anak yang soleh?


Peluklah ayahmu… dan katakan,"Aku mendengar dan merasakan bebananmu,

Ayah… Maafkan diri ini yang selalu menambahkan bebanan itu…”

MALAIKAT MAUT menziarahi kita setiap 21 minit

malaikat maut melihat kita setiap hari.


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:





“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 min.
wallahua'lam....

Monday, November 29, 2010

Kita dan Keretapi














Setiap keretapi punya jadual masing-masing. Ada waktu ketibaan dan juga destinasi yang ingin dituju. Begitu juga dengan setiap stesen persinggahan, semuanya sudah tercatit.

Di Malaysia, jarang benar keretapi yang tepat pada waktunya. Kadang-kadang terlewat beberapa minit, ada juga lewat berjam-jam. Terkandas di tengah jalan barangkali. Itu menjadi rahsia yang kita sendiri sukar untuk menjangkanya. Namun demi menuju ke destinasi yang kita impikan, kita tetap juga setia menanti ketibaan keretapi kita.

Sehinggalah ia tiba. Untung badan, keretapi kosong dan kita dapat naik kemudian duduk. Melepaskan penat dan lelah, dengan tenang menuju ke destinasi impian. Namun ada juga yang tidak bernasib baik, keretapi tiba namun terus berlalu pergi kerana muatannya sudah penuh, dan kita hanya mampu memandang dari kejauhan. Ia pergi meninggalkan kita bersama muatannya begitu saja. Kita berputih mata.

Kini nasib berpihak kepada kita. Keretapi kita sudah tiba, pintunya terbuka untuk kita. Kita menyusun langkah masuk ke perut keretapi dengan penuh berhati-hati. Setelah penat menunggu, akhirnya penantian kita sudah berakhir. Kita memanjatkan rasa syukur, penantian kita telah membuahkan hasil.

Kita kini sedang menaiki sebuah keretapi yang panjang dan sangat laju. Kita meninggalkan stesen kita bersama-sama mereka yang masih setia menanti di stesen tersebut. Gembiranya kita. Mahu saja kita meneriak, 'Hey! keretapi aku sudah tiba, aku akan tinggalkanmu!"

Di dalam keretapi itu, kita tidak sendirian. Kita bersama dengan penumpang keretapi yang lain. Ada tua, ada muda. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang beragama Islam, dan bukan beragama Islam. Ada orang Melayu, ada juga bangsa lain. Variasi. Namun semuanya sedang dalam perjalanan, menuju ke sebuah destinasi, sama seperti kita. Cuma di mana destinasi mereka, hanya mereka dan Allah saja yang tahu. Kita mengambil sikap tidak peduli. Biarlah mereka dengan destinasi mereka, asalkan kita selamat tiba, itu yang utama. Lalu kita menikmati perjalanan kita itu, dengan cara kita sendiri. Masa terus berlalu. Stesen pertama kian jauh, stesen terakhir kian mendekat.

Ada penumpang turun di stesen destinasinya lebih cepat, ada juga yang lebih lambat. Hingga ke penghujung perhentian. Masing-masing punyai stesen yang ingin dituju, berbeza-beza. Cepat atau lambat. Itu bergantung kepada matlamat yang ingin dituju. Niat dan kehendak yang dipasang dalam diri. Juga usaha yang dilakukan, yakni tiket yang telah dibeli. Untung jika menggunakan kad 'touch n go', turun di mana-mana destinasi pun tiada menjadi permasalahan. Ya. Bergantung kepada banyak pembolehubah. Bukan satu atau dua, tapi banyak.

Dan kadang-kadang kita hanya mampu merancang, tapi penentu segalanya tetap juga Tuhan yang Esa. Keretapi itu mungkin rosak di tengah jalan. Kita terkandas. Mungkin juga kemalangan, nyawa melayang atau kita cedera. Semuanya rahsia. Kita tidak tahu apa yang menanti kita sepanjang perjalanan itu. Walau apa pun jua yang terjadi. Suka atau tidak, kita tetap jua perlu terima. Kerana kita tahu, keretapi itu bukan milik kita. Bukan milik kita seorang, kita hanya seorang penumpang. Seorang penumpang.

Keretapi.

Sebenarnya saya berbicara soal jodoh pertemuan. Tentang hakikat sebuah pernikahan. Bagaimana anda kaitkan, terserah. Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, November 25, 2010

tiba-tiba terasa nak bersenam??
jom kita bersenam tcs_cheerlead.gif tcs_cheerlead.gif
alaaaaaa tapi rasa nak ronda-ronda dengan tcs_biker.gif
tapi tak pandai lak nak memandu tcs_bang.gif
pergi ronda-ronda nampak kedai bunga
beli sejambak tcs_flower.gif
nak bagi kat kekasihku tcs_love0046.gif
nak jalan-jalan di coffee house
sedap tu baca buku sambil minum kopi tcs_kopi.gif
tapi aku kerja mata naik sampai juling blink.gif
kerja sekarang semua ikut waktu
sape setuju tcs_setuju.gif
tapi tak apalah.. aku kan ninja baru ph34r.gif
hehehehehe tcs_lol.gif
apa aku kisah??
yang aku kisah nak sangat dating dengan you
tcs_romantic.gif

Pencetus Semangat

AKU BERNAMA ………………….
DIBINKAN DENGAN NAMA BAPAKU
DIKAPANKAN DENGAN NAMA IBUKU
DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TUHANKU

AKU BERJALAN DIBUMI TUHAN, MENCARI KEREDHAANNYA
AKU BERGERAK DENGAN KUDRATNYA
AKU BERNAFAS DENGAN IRADATNYA

PANCAINDERA KU INI BUKAN MILIKKU, TUBUHKU INI JUGA BUKAN MILIKKU
TETAPI
SEGALANYA MILIK TUHANKU, ALLAH YANG MAHA BERKUASA

AKAN TETAPI
JIWA INI ADALAH AKU, DIRI INI ADALAH AKU, AKU ADALAH AKU

AKU YANG DIAMANAHKAN MENJAGA TUBUH DAN DIRI INI
AKU YANG DIPERINTAHKAN MEMELIHARA ISLAM DAN IMANKU INI
AKU YANG DITUNTUT BERBUAT BAIK SESAMA MAKHLUKNYA
AKU JUGA DIAMANAHKAN SEBAGAI KHALIFAH MUKA BUMI INI

SEJARAH MENCATATKAN
MERAKA YANG GAGAL MEMELIHARA AMANAH ALLAH DAN MEROSAKKAN DIRINYA…………………………..NERAKALAH TEMPATNYA

SESUNGGUHNYA……..MANA KAN AKU SANGGUP MENAHAN SIKSAAN NERAKAMU

AKU MESTI BERJAYA…. AKU MESTI GAGAH…….AKU MESTI CEKAL…… 3 X
DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN HIDUP INI

AKU BERJANJI AKAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN INI
AKU BERJANJI AKAN MEMELIHARA DIRI INI
AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN AGAMAKU, MARUAHKU DAN HAK KU
AKULAH WIRA, AKULAH PAHLAWAN, AKULAH SATRIA NUSA DAN BANGSA

AKU BERJANJI KEPADA AKALKU
AKU BERJANJI KEPADA IMANKU
AKU BERJANJI KEPADA ANGGOTA TUBUH DIRIKU DAN HAKIKATNYA
AKU BERJANJI KEPADA ALLAH TUHANKU
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR

WAHAI DIRI, MULAI SAAT INI AKU MENGHARAMKAN KAMU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN DAN PERILAKU MEROSAKKAN YANG MEMBAWA KEPADA KEGAGALAN KEHIDUPAN DAN KEMURKAAN ALLAH.
YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN INI



Cuba anda baca dengan penuh perasaan dan kuat kuat. biar sakit tekak asalkan jangan sakit jiwa. Lepas tu baca dengan suara mendayu dayu, pujuk hati la kiranya. Then rasakan... that feeling inside from your soul.

Friday, November 19, 2010

wahai si cantik...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

Antagonisme: Watak Jahat! XD

Kebiasaannya, saya pasif dan malas nak masuk campur hal orang.

Jadi boleh kata hidup-sendiri-tenang-dan-aman.(Low Ranger)

Tapi ada beberapa keadaan yang membuatkan saya terpaksa bertegas
walaupun dengan orang yang lebih berusia daripada saya.

Sebabnya? Sepatutnya yang lebih berusia ni lebih mampu berfikir
lebih waras daripada saya. Ini tidak, lebih berperangai budak-budak.
Haha. Ini sangat menjengkelkan. XD

Ada beberapa situasi pertelingkahan yang lebih baik saya diamkan
diri sahaja. Biarlah, saya tak ada barisan sokongan dari belakang
macam si plaintiff tu. Saya jugak tak perlulah nak cerita-cerita,
umpat sana-sini dengan orang lain.

Dah habis, habis jela. Nak panjangkan lagi? Haha. Kelakarnya.

Suka hatilah nak label saya macam mana pun.
Saya diam, tak semestinya saya betul, dan tak semestinya saya salah.
Plus, silence does not constitute acceptance~ :D

Sudah biasa dilabel orang jahat. Jadi saya tak kisah pun.
Orang jahat juga dapat watak utama dalam drama~(jahat ke sy??)
At least hanya jauhari yang mengenal manikan mutusami...Hehehe

Tuesday, November 16, 2010

Takut dan mintalah dari Pencipta yang sentiasa melihat

An-Nisa 1

Allah cipta manusia dari 1 orang iatu nabi Adam. Adam bermaksud tanah. Kemudian Allah cipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama. Dari 1 menjadi 2 dan seterusnya tersebarlah zuriat nabi Adam. Nabi Adam hidup 1000 tahun dan mempunyai 40 anak, 20 kembar iaitu 20 kali bersalin.

Takutlah kepada Allah yang menguasai Rahim. Takut kepada Allah bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada. Allah kuasai Rahim perempuan, Rahim juga nama Allah. Allah yang membesarkan bayi dan memberi makan didalam rahim walaupun pintu rahim telah tertutup. Allah boleh membentuk manusia menjadi cantik, lelaki, perempuan, tinggi, rendah dari 1 titik air mani. Dari 40 titik darah menjadi 1 titik air mani menjadi daging. Allah cipta manusia dalam kegelapan perut,rahim sepertimana manusia memproses filem didalam bilik gelap. Allah mampu mencipta walaupun dari seketul tulang.

Oleh itu mintalah dari Allah yang menjadikan kita. Dalam surah Isra’ orang kafir pun minta dari Allah bila keadaan genting, terus mereka lupa tuhan berhala mereka. Kita bergantung kepada Allah, dunia dan akhirat.

Allah sentiasa melihat, tidak perlu pada mata, tidak perlu kepada cahaya, walau dalam kegelapan perut masih mampu membesarkan manusia.

Sayangi Allah, patuhi Allah.Allah sayang kita lebih dari kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tak paksa kerana hidup ini satu ujian.

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

Friday, November 12, 2010

.: sebuah tinta : amani~ :.


kita bermula~ tanpa kita sedar~ema rahimah~ hubungan kita benar unik kan? spt hubungan amar dan wani~ maka wujudlah lagu amani~ untuk wanita s
olehah~ sebagai tanda penghargaan amar kepada wani~ wadi berharap kita spt mrk~ wadi akan cuba menghargai ema spt mana amar menghargai wani~ dan kini, tanpa wadi sedar kalau wadi ada buat ema terasa hati~ 10 jari wadi hulur, tanda memohon kemaafan~ ema rahimah~ maafkan wadi jika tidak mampu menjadi pendamping yang baik terhadap ema~ sumber semangat ema menghadapi hidup~ wadi akui wadi sbnrnya yg bersalah~ niat yang terpesong kerana ruang hati wadi yang bersepah~ dgn perkakas
"iman" yang tidak terurus~ dan lantas membiarkan cinta itu derita mendiami hati wadi~ maafkan wadi, ema rahimah~

ema hadir dalam hidup wadi membawa kisah yang tidak mungkin wadi lupakan~ banyak yang kita belajar dari tinta sebuah kisah yang terlakar~ kisah ema rahimah dan wadi~ hingga kadang-kadang masa menyentakkan bahawa wadi bu
kan nya azwadi agus salim, dan ema bukannya norahimah nordin~ sering kali tingkah wadi tersilap~ lantas melukai hati insan yang berada di kamar hati wadi~ dan seringkali niat terpesong~ kerana kelemahan yang tercipta pada diri wadi~

ema rahimah~

maafkan wadi~

kerana diri ini masih lagi mengharapkan cinta ema disetiap detik kotak kehidupan ema~ diri ini masih mendoakan ema dan kesejahteraan ema~ kerana hati ini masih menyayangi dan mencintai seorg insan bernama ema rahimah~ kisah kita tidak sehebat kisah adam dan hawa~ yusuf dan zulaikha~ amar dan wani~ tetapi kisah ki
ta tercatat dalam sebuah perjalanan antara wadi dan ema~

dan biarlah kisah itu tercatat dalam perjalan hidup wadi~ tidak dihapuskan~ tersimpan kemas dalam hidup wadi~ ema rahimah~ jari ini berat untuk menulis~ melihat ema disana~ jauh menyayup dihadapan wadi~ tapi hati ini benar teringin melihat ema~ lantas jari itu digagahkan juga~ semoga ini bukan yang terakhir kalinya~

ema~ terima kasih kerana hadir dalam hidup wadi~ walaupun kini mungkin timbul kemarahan di hati ema~ tp izinkan wadi untuk rawat hati ema sebaiknya~ agar nanti tikanya kesembuhan itu kembali~ cinta wadi selesa berada di hati ema~ agar redup hatimu dan tenang jiwamu melihat warna hati wadi yang berseri~ wadi ingin
kembali menagih harapan~ agar nantinya, cinta itu selesa berbaring di permaidani harta ini~ selesa dgn tutur bicara hikmah diri~

ema~

ema perkara terindah dalam hidup wadi~

terima kasih ema rahimah~

dan maafkan wadi~ kerana membiarkan ema derita di ruang yang wadi ciptakan~

semoga di hari-hari yang mendatang ikatan cinta kit
a semakin kukuh hendaknya~setiap sesuatu yang ema lakukan doa wadi tetap mengiringi ema rahimah~

ema~

hati ema~ hati yang istimewa~

wadi undur diri dulu~ untuk hati yang wadi hormati~

Assalamualaikum~

Thursday, November 11, 2010

Semuanya tuk awk

hai awak..

semoga awak berada dalam kesejahteraan-Nya

Saban hari, melalui hari-hari yang indah ini bersama awak
menjadikan keceriaan hidup ini kembali berputik
dan mewarnai kesegenap sudut dunia yang saya diami
awak menghidupkan kembali sesuatu yang telah pudar warnanya
sungguhnya, kebahagiaan ini terlalu indah untuk dikongsi..........

awak,

perjalanan yang kita redah ini penuh onak dan duri
yang sentiasa menghadangi perjalanan kita yang berliku-liku.
saya melihat awak tersadung banyak kali, tetapi awak tetap bangun berdiri
dan meneruskan perjalanan ini dengan semangat yang tinggi
saya sungguh kagum dengan peribadian awak..
akhlak yang sering mempesonakan saya..

awak,

pernah sekali saya mendengar awak merintih..
perjalanan ini terlalu jauh dan awak seperti hilang daya
tapi saya cuba memberikan kata semangat
seolah-olah saya sudah berjaya melaluinya
sedangkan saya juga hilang kewibawaan menghadapinya..

dan kalau awak menyedari

kita berdua ini saling memerlukan
sebagaimana tangan kiri dan tangan kanan
saling membantu antara satu dengan yang lain
kita dah membawa kejayaan dengan cemerlang sekali..
kerana tanpa awak sedari
kita dah pun merantau sejauh ini.
pelbagai halangan onak duri kita tempuhi
kita hadapi saat getirnya bersama dengan tabah dan sabar
seolah kekuatan ini telah bergabung menjadi satu
dan cinta kita pun bersemi..................................

Rindu kamu

awak
hari ini kita rindukan awak
rindu yang ada didada kita
terlalu dalam
hingga kita terasa sepi
awak
seharian kita menanti awak
walaupun kita tahu akan kesibukan awak
namun hari ini
ada rindu yang tidak terluah
awak
hidup kita bagaikan kosong
bagaikan botol kosong yang tidak berisi
begitulah hati kita
kosong tanpa hadirnya awak
awak
sunyinya kita rasa tanpa awak
sepi melingkar segenap hati
ingin kita pergi mencari awak
melepaskan rindu dihati kita
awak
hari ini awak dekat dengan kita
jarak kita terlalu dekat
tidak seperti selalu
tapi awak
jarak yang dekat ini sebenarnya jauh
jauh dari awak
kita rindu awak
rindu sangat pada awak
tapi kita tak boleh luahkannya dengan kata
cukuplah kita menulisnya disini
awak
andai awak ada
alangkah indahnya malam ini
kedinginan rindu ini tidak terus menusuk jantung kita
awak
kita rindu..
dengar tak???
kita rindu awak sangat..
awak
kita perlukan awak
kita rasa sepi
sesepi malam yang kedinginan ini..
rindu awak sangattttt
Terasa rindu padamu..Kini datang di pintu hatiku
Mengiringi langkah perjalanan..Di kejauhan...

Wednesday, November 10, 2010

Seruan Bumi Dan Kubur

Menurut Imam Anas bin Malik r.a.:

Bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. "Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku."

2. "Kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku."

3. "Kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis di dalam perutku."

4. "Kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku."

5. "Kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku."

6. "Kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku."

7. "Kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku."

8. "Kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa kesedihan dalam perutku."

9. "Kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di dalam perutku."

10. "Kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk bersendirian dalam perutku."


Setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."


Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)

Allah SWT juga berfirman: "Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur." (QS Al-Hajj: 7)


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat." (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Rasulullah SAW juga bersabda: "Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat di mana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka." Sabda Nabi lagi: "Kemudian dikatakan: "Inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat." (HR Muslim)


Wallahua'lam.