Saturday, December 4, 2010

RAHSIA AYAT PENGASIH

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini.

Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini untuk tujuan yg tidak baik.


amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.


Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih


-Di sini saya ajarkan anda satu amalan penyeri wajah baik pada lelaki atau perempuan petuanya mcm ni.Pada setiap hari selasa tepat jam 12mlm ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jgn tutup air itu dan selawat 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai untuk senang kena embun dan ambil air itu semula setelah anda selesai solat subuh.Baca bismilah 7 kali dan minum air itu tinggal kan suku gelas kemudian sapu di muka.Amalkan tiap2 hari selasa anda akan rasa keajaibannya dalam masa 7 hari dan amalkannya selalu.

Surah Al Fatihah.
-----------------
Ramai yg telah amalkan,tetapi tidak menjadi,kerana tidak tahu cara mengamalkannya.

Cubalah baca ayat al-fatihah sebanyak 7x,setiap selesai solat.
Setiap kali baca,sampai " ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"
( hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan )
berhenti sekejap,dan niat hajat dlm hati,sesudah itu teruskan bacaan.

Untuk di buat penawar,bacakan pada sebekas air 7x selepas solat,buat minum dan sapukan dimuka. Setiap kali air hendak habis,tambahkan air.
Kalau boleh,jangan habiskan,tinggallah walaupun sedikit air didalam bekas tersebut.

Insyallah jika amalkan,segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah s.w.t....

Mahabbah.
i. Surah Al-An'am ayat83-88.- amalkan
ii. Surah Yasin ayat 72, baca 72 kali pada minuman dan diberikan kepada si dia.
iii. Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thaha 39 - amalkan.
iv. Gabungan beberapa ayat.
Surah Yusuf ayat 54
Surah Al An`am ayat 79
Surah Al Ahzab ayat 69
Surah Taha ayat 39
Surah Al-Baqarah ayat 165
Surah Ali Imran ayat 31
Surah Al Anfal ayat 63
Surah An Nur ayat 35.
Samada dibaca selepas sembahyang atau ditulis.
* Tidak semestinya dibaca sekali terus menjadi tetapi perlu
diamalkan sehingga Allah S.W.T memakbulkannya.
* Petikan daripada Buku Al-Quran Sebagai Penawar.
* Ada banyak lagi kombinasi ayat pengasih walaubagaimanapun
ianya menggunakan bahan2 seperti kertas, air, tinta misik
zafaran, bunga dsb.

Selamat Tinggal Facebook

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera pada setiap makhluk di muka bumi ini yang saya kasihi sekalian.Buat pengetahuan semua, pada tanggal 1/12/2010 telah berakhirnya kegemilangan saya di arena facebook.Sejak berkecimpung dalam arena tersebut, saya telah pun mengkaji kebaikan dan keburukan benda alah yang dinamakan facebook ini.Oleh itu,dengan ini sukacita saya maklumkan kepada sekalian makhluk di bumi ini,bagi pendapat saya bahawasanya banyak keburukan facebook ini daripada kebaikannya.Disini saya senaraikan beberapa keburukannya :

(1) Membuang masa jika tidak dapat dikawal selia dengan baik.
(2)Boleh mendatangkan keretakan rumah tangga jika penggunanya tidak open minded.
(3)Sosial tanpa sempadan yang boleh mendekatkan zina.
(4)Boleh mencipta fitnah dengan hanya menulis di ruang status komen.
(5)Si isteri tidak sedar setiap gambarnya yang di kemukakan di ruang facebook sudahkah mendapat persetujuan suami atau tidak,kerana ini untuk mengelakkan si suami berasa tidak selesa dengan gambar yang telah di poskan untuk tontonan umum dan boleh menjatuhkan maruah si suami.(bagi yang sudah berumahtangga)

Di atas adalah beberapa sebab keburukan yang dapat saya kongsi dengan sekalian makhluk semua.dengan ini secara rasminya, saya Azwadi Bin Agus Salim bersara dari arena facebook untuk beberapa waktu yang belum saya ketahui lagi.Mungkin selamanya kerana semuanya demi kamu Norahimah... ;) untuk kawan-kawan facebook, saya ingin memohon maaf andai perbuatan saya pernah menggguris hati anda sewaktu kita berkomunikasi di alam maya itu.Tiada lagi video-video share,tiada lagi komen-komen yang mengarut,tiada lagi game poker,dan tiada lagi akauan fb azwadi...Selamat Tinggal F-a-c-e-b-o-o-k ...

Thursday, December 2, 2010

penulisan rambang

Assalamualaikum pembaca semua:)
saya akan mengalami sedikit arus perubahan
dari gelombang kesihatan yang tidak berfrekuensi
dengan lancar ke seluruh badan. maaf jika kurang
lawatan atau kurang respon kelak.

disini musim hujan sedang melanda.
angin dan air bersatu menenggelamkan cahaya dan
bahang matahari. tapi rindu aku pada tuan puteri itu
ahhhhh bertambah tambah. makin lama ia jadi
berdarab darab rindu ini. hingga mencecah formula
kuasa dua rindu ini. aku rindu ingin buat dia gembira
aku rindu bergurau dengan dia. tidak kisah lah aku
yang kena cubitan putar belit alam semesta cakerawala.
balik boleh sapu ubat hilangkan lebam berdarah haha.
Norahimah Nordin. maafkan aku tak mampu buat kamu
gembira sentiasa. kapan waktu bisa kita ketemu. harap
sebelum aku jumpa kain kapan, pakaian terakhirku. haha

sekarang memang musim orang berkahwin kah?
kawan kawan yang dulu nya berbaju sekolah. kini
menyarung jersi laksamana melayu melaka. aduhh kacak
kacak mereka. maaf tidak mampu hadir jemputan anda
sekalian. semoga bahagia sentiasa disisi insan pilihan hati.

dengan keadaan sekarang masa yang ada lebih
terluang di dalam bilik usangku lagi berselerak ini. sambil berbaring mendongak
ke syiling bilik yang sudah sedikit diselaputi sawang.
bertanya balik pada diri. di mana akan aku
berada selepas ini. adakah masih lama usia dunia. apa
yang dunia mahu untuk aku sempurnakan dunia aku.
kerna kehendak dunia tidak pernah puas dan manusia
semakin buas mencari umpan yang dipancing dunia.
bila kala umpan dimamah pemangsa. dunia akan menyentap kita
hingga kita sendiri tidak tertahan sakit nya lalu longlai.
langit yang mahu dijunjung tapi bangunan di bina reka
setinggi hujung langit dijunjung. bumi yang selalu di
pijak tidak mahu pun disujud. malah runtuh tidak lagi
utuh. di mana lagi tempat kita bersemadi selepas ini?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui........