Tuesday, September 28, 2010



untuk kaum Hawa :

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi~
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG~
pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...
dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...

kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR LauTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
yaNg beRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)


~Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada,
Cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun.
Tetapi ingatlah segala-galanya sudah
tersurat di azali bahawa dia,
Kekasihmu, belum tentu menjadi suami atau isteri kamu~

Kerana Indahnya Pelangi



Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Sungai Buloh, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia.

Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun.

Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar.

Sudah lebih tiga tahun aku di negeri ini,setelah dilantik menjadi seorang kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua umat manusia.

Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan rutin kebiasaan namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya.

Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya.

Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk berangan-angan dengan si dia. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Aku kemudian duduk kembali di katil bujangku dan beristighfar panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat.

Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta...

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah"

Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini.

Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya.

Ciptaan Allah yang begitu indah

Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah.

Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa.

Sejak aku didunia ini, aku...

Leka dengan dunia kepalsuan,
Leka bermain dengan kematian,
Leka kejar mengejar karun kerugian,
Leka bersama manusia bukan insan

Sejak aku didunia ini, aku...

Kecewa dengan kejadian ciptaan,
Kecewa dengan ketentuan,
Kecewa dengan keredhaan,
Kecewa dengan hak kemanusiaan

Sejak aku didunia ini, aku...

Sedih meratapi kejayaan,
Sedih meratapi kekurangan,
Sedih meratapi suapan,
Sedih meratapi segala kurniaan

Sejak aku didunia ini, aku...

Pernahkah mencari nur kesetiaan,
Pernahkah meruntun kesalahan,
Pernahkah kembali ke jalan kebenaran,
Pernahkan insaf dengan kelekaan

Ampunilah segala kealpaan,
Maafilah kesalahan,
Moga aku berjalan diatas jalan kebenaran...Amin...




Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini.Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Sunday, September 26, 2010

ini hanyalah usaha kecilku..



diam bukan beerti tak mesra
tak bertegur bukan beerti sombong
cukup sekadar senyuman sebagai penghubung
ini semua hanyalah percubaan menjaga ikhtilat
mintak maaf bagi yang terasa
semoga Allah utuhkan ukhwah antara kita semua
tanpa kita perlu berlebih-lebihan dalam ukhwah
terutamanya dengan orang yang 'tidak halal' untuk kita
insyaAllah


CintA hinGGa HuJunG NyaWa..




Pada satu hari, zul membuka facebook nya dan dia tengok yang dia mempunyai 1 friend request. Dia tengok orang yang add nya itu seorang gadis, lawa dan putih orang nya.
Jadi, dia pon dengan gembira nya berkenalan lah dengan awek itu.
Awek itu bernama Hana.

Semakin lama mereka berkenalan semakin rapat hubungan mereka. Daripada chatting dalam facebook, berganjak pula ke talifon.
Semakin hari mereka rasa yang mereka antara pasangan paling bahagia.
Zul amat terkejut bila hana meminta untuk jadi teman wanita nya, sebelum ni pun hana banyak kali cakap yang dia suka kan zul.

Oleh kerana Zul tidak mahu tergesa-gesa, dia pun meminta tempoh untuk memberi keputusan.
hari demi hari mereka bersama. Yang anehnya mereka belum pun lagi "couple" tetapi dah bagi kata-kata romantik.

Setiap hari Zul memikirkan tentang Hana, sama ada nak jadikan teman wanita atau tidak. Zul seorang yang pelik, dia amat cerewet dalam memilih teman ni, lebih-lebih lagi teman hidup.

Setelah berfikir dengan matang nya dan pada tanggal 01 March 2010 iaitu setelah hampir 7 bulan mereka berkenalan, Zul akhirnya berkeputusan untuk jadikan Hana sebagai teman wanita nya. Zul memberitahu Hana, dan Hana gembira sekali.

Hari demi hari mereka berbahagia. Tangan masing-masing tak lepas daripada bermesej dan bercakap talifon.
Semakin hari hubungan mereka semakin serius. Walaupun jarak antara Zul dan Hana amat jauh, iaitu Zul tinggal di Johor, manakala Hana tinggal di Kelantan, tetapi Zul amat setia dan berharap Hana pun sama.

Hampir 7 bulan hubungan mereka, hubungan mereka sudah tidak seperti dulu.
Ada saja yang tidak puas hati dan nak bergaduh.
Bagi Zul, dia rela menyerah kalah dan sedia meminta maaf dengan Hana walaupun bukan salahnya.
Zul amat lah sayangkan Hana, dia berharap Hana pun sama.

Hati Zul makin retak hari demi hari kerana sudah lebih 3 kali Hana minta "clash" daripada nya.
Tetapi bagi Zul itu semua bukan lah halangan untuk dia tidak meneruskan hubungan dengan Hana lagi. Dia memujuk Hana dengan penuh kasih sayang bila Hana buat hal.

Hubungan mereka sekarang penuh dengan dugaan. Kejap mereka bergaduh dan kejap seperti biasa. Zul selalu memberi nasihat kepada Hana kerana dia tahu yang kekasih hati nya itu, seorang yang lemah semangat. Zul berdoa dan berharap cinta sejati nya itu kekal sampai ke akhirat.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Satu detik yang meremukkan hati Zul bila Hana sekali lagi minta 'clash', iaitu di malam hari raya.
dia seperti sudah tiada semangat dan lemah, tetapi dia masih memujuk kekasih hati nya itu.

Ketika itu juga, Zul sedang 'online' facebook.
Dia terbaca komen yang menghancurkan jiwa nya.
komen itu jelas menunjukkan Hana iaitu kekasih hati nya itu, ada orang lain.
Tetapi, Zul tak mudah melatah, dia bertanyakan pasal itu pada Hana.
Hana tidak sekali-kali mengaku.

Sehingga lah Zul sendiri beranikan diri bertanya hal ni pada kawan sekelasnya sendiri.
Dengan penjelasan kawan Hana itu, hati Zul hancur.
Kawan Hana itu, tidak tahu langsung pasa hubungan Hana dengan Zul.
Tetapi, Hana sudah lama 'couple' dengan kawan sekelas Hana itu.
Hana telah menjalankan hubungan dengan lelaki lain daripada bulan 11 lagi iaitu ketika Zul masih bersama Hana.

Sampai nya hati Hana curang di belakang nya.
Sedangkan Hana selalu berpesan supaya Zul setia kepada nya dan juga Hana pernah berjanji untuk sehidup semati.

Hati Zul hancur dan perasaan nya sungguh sedih.
Tetapi, kasih sayang Zul kepada Hana terlampau tebal.
Zul hanya memaafkan Hana begitu saja dan ingin mengambil Hana sebagai teman nya lagi.

Begitu kuat cinta Zul pada Hana. Zul memujuk Hana supaya mimilih diri nya lagi untuk jadi teman lelaki nya.
Tetapi sayang, pada malam itu baru Hana kenal dan faham cinta suci Zul kepada nya.
Hana berjanji tidak akan memainkan perasaan lelaki lagi. Dan Zul harus menerima keputusan Hana untuk memilih jalan setia dengan teman lelaki baru nya dan bukannya Zul.

Zul pasrah dengan apa yang terjadi. Kerana bagi nya itu adalah ketentuan ALLAH S.W.T
untuk dia melepaskan Hana.
Hana bahagia dengan pilihan baru nya itu, tetapi Zul tetap menunggu Hana pulang ke sisi nya.

Sehingga lah pada suatu hari, Hana menerima panggilan talifon daripada kawan Zul yang mengatakan Zul sudah meninggal dunia.
Hana terpaku, dan baru sekarang dia ingat kata-kata Zul untuk jadikan nya teman hidup sehingga dia meninggal dunia.

Dia baru sedar yang cinta Zul kepada nya ialah cinta suci yang ikhlas datang dari hati. Dia baru sedar yang permintaan itu adalah permintaan terakhir arwah untuk sekali lagi bahagia bersama nya sebelum arwah meninggalkan semua nya yang disayangi di atas dunia ni.

Menangis tiada kesudahan, Zul meninggalkan nya dengan hati yang sedih dan cinta Zul kepada nya tidak pernah hilang. Bagi Zul, dia hanya mahukan orang yang disayangi nya itu bahagia selalu.

Oleh itu, tolong la setia dengan yang satu dan jangan sesekali korang fikir tentang yang negatif je pasal teman korang. Selidik dulu baru boleh nak menghukum.
jangan tunggu nasi menjadi bubur..
"selagi korang mempunyai teman hidup yang amat baik bagi korang, hargai lah dia kerana apabila korang melepaskan nya, tidak mungkin lagi korang dapat yang sebaik itu"



Saturday, September 25, 2010

Hanya dia...

I LOVE U SO MUCH NORAHIMAH BINTI NORDIN....

Persinggahan Sementara...


How do we perceive the life in this world?
We have to strive for these things…
“Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurgayang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar” (al-Hadid:21)
Reminders to all..

Seni Tangkas Penjara (SENTAP) diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha untuk memperlengkapkan pegawai-pegawainya dalam berbagai disiplin ilmu kepenjaraan. SENTAP mula diperkenalkan pada 28 Oktober 2002. Sebelum wujudnya nama SENTAP ini, seni mempertahankan diri ini dikenali sebagai Gerak Tangkas Penjara (GTP). Walau bagaimanapun panggilan GTP telah diganti kepada SENTAP yang diilhamkan sendiri oleh Yang Berbahagia Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Perubahan nama ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dengan penggunaan singkatan bagi panggilan unit keselamatan lain seperti Grup Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia dan Gerak Khas (GK) Polis Diraja Malaysia.

SENTAP adalah hasil daripada kombinasi beberapa seni mempertahankan diri yang terdiri daripada Seni Silat Melayu, Tae Kwan Do,Wushu,Muay Thai dan teknik ?Control And Restraint" (C&R).

SENTAP diperkenalkan sebagai modul seni mempertahankan diri Jabatan Penjara Malaysia yang diimplimentasikan oleh seluruh anggota penjara seluruh negara.



Contohi Semut.

SEMUT adalah serangga bertubuh kecil tetapi hidup dalam satu komuniti kukuh bersatu padu. Semut dapat dilihat di tempat lembap dan mengandungi sisa makanan. Ada pelbagai spesies semut di dunia dan kehadirannya dalam jumlah yang banyak pasti menggawatkan manusia lantas pelbagai kaedah dilaksanakan untuk menghapuskannya.

Sikap rajin dan dedikasi semut boleh dijadikan iktibar dan pedoman dalam menelusuri roda kehidupan di dunia ini. Perhatikan bagaimana semut apabila mencari makanan, mereka begitu tekun, gigih malah cukup tabah meneroka kawasan dianggap mempunyai sumber makanan.

Meskipun kawasan itu terletak jauh dari sarangnya, namun mereka masih sanggup mencari dan terus mencari sehingga berjumpa dengan sasaran dikehendaki. Semangat kegigihan yang membara itu ternyata ada pada diri setiap semut. Tiada pengecualian kerana semua perlu berusaha mencari sumber makanan keperluan harian.

Justeru, penting dijadikan petanda aras kepada kita supaya bersikap penuh komited terhadap usaha penghidupan. Hal itu sejajar tuntutan Islam yang menyeru umatnya tekun dan bersemangat dedikasi melakukan sesuatu pekerjaan.

Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang.”

Allah SWT menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja tekun dan berdedikasi. Ia kerana orang yang hebat dan berjaya cemerlang itu selalu memusatkan perhatian mereka pada usaha yang sedang mereka lakukan.

Bertindak cepat dan bergerak dengan matlamat yang tepat menjadi penanda jaya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (Surah al-Najm, ayat 39)

Apabila berkata mengenai dedikasi, maka sikap masyarakat Jepun dan Korea adalah antara contoh terbaik masa kini yang menepati semangat semut itu. Kedua-dua masyarakat itu begitu terkenal dengan etika kerja yang tinggi dalam memajukan diri dan negara.

Bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat, Charles Evans Hughes berkata: “Orang tidak akan mati kerana bekerja kuat. Mereka mati kerana pembaziran dan kecemasan.”

Sebenarnya, keazaman dan semangat gigih menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan dan se kali gus memacu kegemilangan. Inilah semangat semut jika kita rajin perhatikan dengan mata hati yang murni akan perjalanan hidup serangga merayap itu.

Apabila semut berusaha mencari sumber makanan, segala ikhtiar akan ditumpukan dengan perhatian bersungguh tanpa timbul rasa putus asa. Sikap kerajinan semut bersendikan pada bergerak cepat dan tepat memberi impak positif kepada kelangsungan hidup semut.

Kita mesti meneladani sikap dan tabiat baik itu kerana ia selaras suruhan agama. Kata Ibnu Umar dalam satu wasiatnya: “Gunakanlah daripada sihatmu bagi masa sakitmu dan daripada hidupmu bagi masa matimu.”

Demikianlah beberapa sikap dan tabiat baik serangga semut yang boleh dimanfaatkan manusia kerana ada ketikanya kita selalu cuai dan tidak mampu berasimilasi dengan alam secara baik dan sempurna.

Rujukan/petikan : Berita Harian : Oleh : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

SATU-satunya imej universal di kota-kota besar di dunia ialah seniman jalanan. Kemunculan kelompok ini memberikan imej yang unik kepada kota raya berkenaan. Mereka yang terdiri daripada pelukis, penyanyi, badut atau pemuzik adalah manusia unik yang mengekspresi suara jiwa di tengah-tengah manusia yang lalu lalang.

Di Kuala Lumpur, kalau kita menyusuri lorong di Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau di kaki lima Pasar Budaya, kita akan temui kelompok seniman jalanan. Tetapi bagi sesetengah pihak, kehadiran kelompok ini mencacatkan pandangan. Maka timbullah prejudis yang sekali gus membina persepsi tidak baik tentang seniman jalanan.

Hakikatnya kehadiran kelompok ini tidak mengganggu orang. Seniman jalanan dengan dunia mereka dan tidak pernah berkecil hati kalau ada yang berat menghulurkan wang.

Kelompok seniman jalanan ini sebenarnya mempunyai tempat dalam pengisian nilai-nilai manusia bagi sesebuah kota raya. Kalau mereka diberi peranan dan diuruskan dengan baik, tentu tidak ada imej yang boleh mencacatkan pandangan.

Banyak kota-kota besar dunia kini sudah tidak prejudis kepada kelompok seniman jalanan. Ini kerana pentadbir kota raya berkenaan sedar bahawa kemunculan kelompok ini menandakan mereka warga yang prihatin. Setidak-tidaknya menyuarakan pandangan dalam karya.

Kehadiran

Apa lagi bagi kota raya yang mahu menonjol dengan imej kota budaya, kelompok seniman jalanan inilah antara ikonnya. Kota seperti Paris misalnya, diingati kerana kehadiran seniman jalanan di Montmartre. Ini kerana Place Du Tertre di tengah-tengah Montmartre menjadi tempat berhimpun seniman jalanan di kota Paris.

Kita kena ingat, tidak semua orang pergi ke Paris untuk melihat kerangka besi Menara Eiffel. Banyak lagi yang lebih menarik antaranya persembahan di Place Du Tertre.

Place Du Tertre kelihatan seperti Taman Ismail Marzuki (TIM) di Jakarta yang menghimpunkan semua seniman, tidak kira arus perdana atau tidak untuk berkarya. TIM menyumbangkan imej kota seni dan budaya kepada Jakarta di sebalik lalu lintas yang begitu berserabut.

Maka pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melihat kehadiran seniman jalanan boleh menyumbang kepada imej Kuala Lumpur. DBKL perlu memberikan perhatian yang serius ke arah menonjolkan seniman jalanan secara bersepadu.

Seniman jalanan di Kuala Lumpur kelihatan terbiar. Kita tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menghimpunkan pelukis, badut, penyanyi dan pemuzik. Maka tidak hairanlah kalau seniman jalanan berselerak dan tidak terurus.

Kalau kota yang lebih besar dan maju boleh toleran dan memanfaatkan seniman jalanan, tidak ada alasan untuk kita menafikan kehadiran mereka yang juga warga di kota ini.

Dipetik dari:
Utusan Malaysia