Tuesday, September 28, 2010

Kerana Indahnya Pelangi



Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Sungai Buloh, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia.

Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun.

Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar.

Sudah lebih tiga tahun aku di negeri ini,setelah dilantik menjadi seorang kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua umat manusia.

Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan rutin kebiasaan namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya.

Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya.

Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk berangan-angan dengan si dia. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Aku kemudian duduk kembali di katil bujangku dan beristighfar panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat.

Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta...

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah"

Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini.

Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya.

Ciptaan Allah yang begitu indah

Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah.

Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa.

No comments:

Post a Comment