Thursday, December 2, 2010

penulisan rambang

Assalamualaikum pembaca semua:)
saya akan mengalami sedikit arus perubahan
dari gelombang kesihatan yang tidak berfrekuensi
dengan lancar ke seluruh badan. maaf jika kurang
lawatan atau kurang respon kelak.

disini musim hujan sedang melanda.
angin dan air bersatu menenggelamkan cahaya dan
bahang matahari. tapi rindu aku pada tuan puteri itu
ahhhhh bertambah tambah. makin lama ia jadi
berdarab darab rindu ini. hingga mencecah formula
kuasa dua rindu ini. aku rindu ingin buat dia gembira
aku rindu bergurau dengan dia. tidak kisah lah aku
yang kena cubitan putar belit alam semesta cakerawala.
balik boleh sapu ubat hilangkan lebam berdarah haha.
Norahimah Nordin. maafkan aku tak mampu buat kamu
gembira sentiasa. kapan waktu bisa kita ketemu. harap
sebelum aku jumpa kain kapan, pakaian terakhirku. haha

sekarang memang musim orang berkahwin kah?
kawan kawan yang dulu nya berbaju sekolah. kini
menyarung jersi laksamana melayu melaka. aduhh kacak
kacak mereka. maaf tidak mampu hadir jemputan anda
sekalian. semoga bahagia sentiasa disisi insan pilihan hati.

dengan keadaan sekarang masa yang ada lebih
terluang di dalam bilik usangku lagi berselerak ini. sambil berbaring mendongak
ke syiling bilik yang sudah sedikit diselaputi sawang.
bertanya balik pada diri. di mana akan aku
berada selepas ini. adakah masih lama usia dunia. apa
yang dunia mahu untuk aku sempurnakan dunia aku.
kerna kehendak dunia tidak pernah puas dan manusia
semakin buas mencari umpan yang dipancing dunia.
bila kala umpan dimamah pemangsa. dunia akan menyentap kita
hingga kita sendiri tidak tertahan sakit nya lalu longlai.
langit yang mahu dijunjung tapi bangunan di bina reka
setinggi hujung langit dijunjung. bumi yang selalu di
pijak tidak mahu pun disujud. malah runtuh tidak lagi
utuh. di mana lagi tempat kita bersemadi selepas ini?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui........

No comments:

Post a Comment