Saturday, December 4, 2010

RAHSIA AYAT PENGASIH

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4
Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini.

Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini untuk tujuan yg tidak baik.


amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.


Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih


-Di sini saya ajarkan anda satu amalan penyeri wajah baik pada lelaki atau perempuan petuanya mcm ni.Pada setiap hari selasa tepat jam 12mlm ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jgn tutup air itu dan selawat 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai untuk senang kena embun dan ambil air itu semula setelah anda selesai solat subuh.Baca bismilah 7 kali dan minum air itu tinggal kan suku gelas kemudian sapu di muka.Amalkan tiap2 hari selasa anda akan rasa keajaibannya dalam masa 7 hari dan amalkannya selalu.

Surah Al Fatihah.
-----------------
Ramai yg telah amalkan,tetapi tidak menjadi,kerana tidak tahu cara mengamalkannya.

Cubalah baca ayat al-fatihah sebanyak 7x,setiap selesai solat.
Setiap kali baca,sampai " ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"
( hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan )
berhenti sekejap,dan niat hajat dlm hati,sesudah itu teruskan bacaan.

Untuk di buat penawar,bacakan pada sebekas air 7x selepas solat,buat minum dan sapukan dimuka. Setiap kali air hendak habis,tambahkan air.
Kalau boleh,jangan habiskan,tinggallah walaupun sedikit air didalam bekas tersebut.

Insyallah jika amalkan,segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah s.w.t....

Mahabbah.
i. Surah Al-An'am ayat83-88.- amalkan
ii. Surah Yasin ayat 72, baca 72 kali pada minuman dan diberikan kepada si dia.
iii. Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thaha 39 - amalkan.
iv. Gabungan beberapa ayat.
Surah Yusuf ayat 54
Surah Al An`am ayat 79
Surah Al Ahzab ayat 69
Surah Taha ayat 39
Surah Al-Baqarah ayat 165
Surah Ali Imran ayat 31
Surah Al Anfal ayat 63
Surah An Nur ayat 35.
Samada dibaca selepas sembahyang atau ditulis.
* Tidak semestinya dibaca sekali terus menjadi tetapi perlu
diamalkan sehingga Allah S.W.T memakbulkannya.
* Petikan daripada Buku Al-Quran Sebagai Penawar.
* Ada banyak lagi kombinasi ayat pengasih walaubagaimanapun
ianya menggunakan bahan2 seperti kertas, air, tinta misik
zafaran, bunga dsb.

2 comments:

  1. Salam...hari Selasa 12tgh mlm tu kira mcmna tu? Adakah selepas 11.59pm 23/07/2019(Selasa) atau 22/07/2019 (Isnin)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya lepas Subuh tu pagi Rabu atau pagi Selasa?

      Delete