Sunday, October 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Angkasawan

Ahad,10 Oktober 2010 merupakan hari bersejarah buat angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana beliau akan menamatkan zaman bujangnya.Mungkin perkahwinan Angkasawan Negara sedikit sebanyak membuatkan gadis-gadis di luar sana berasa kecewa kerana beliau sudahpun mempunyai gadis melayu pilihan hatinya,iaitu Dr Halina.Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dengan Dr. Halina Mohd Yunosmerupakan perkahwinan terbesar pada tahun 2010. Perkahwinan yang berkonsepkan Istana Kayangan itu akan disiarkan secara langsung menerusi slot NONA di TV3.
Aku ingin merakam ucapan Tahniah buat pengantin Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina di atas perkahwinan gilang gemilang. Semoga perkahwinan beliau mendapat keberkatan DariNya. Selamat menempuh alam perkahwinan, semoga perkahwinan beliau berkekalan abadi sehingga ke anak cucu. Amin…

No comments:

Post a Comment