Sunday, October 17, 2010

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya terus mengekori bayangan awak. Saya mencabar awk dengan kejujuran saya. Saya tahu yang saya tidak bertepuk sebelah tangan. Dan saya berjanji, awak bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar saya. Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Hati saya bagai diketuk-ketuk oleh tangan nakal awak.



Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya temui, kamus cinta itu…

1 comment:

  1. Kasik ler kredit kat penulis asal... pe laaa..

    http://ashkomikiwa.blogspot.com/2007/07/surat-cinta-terakhir-untuk-awak.html

    ReplyDelete