Friday, October 15, 2010

Hidup VS Mati

Alhamdulillah, hari ini saya masih lagi membuka mata. Saya masih hidup. Alhamdulillah hari ini darah saya masih mengalir membawa oksigen untuk di agihkan ke seluruh sistem tubuh badan saya, jantung saya masih berfungsi mengepam darah, paru-paru saya masih berfungsi bekerja menerima gas oksigen dan menghantar keluar gas karbon dioksida.Sudah lebih kurang 24 tahun lamanya saya telah hidup namun hingga kini saya masih tertanya-tanya.

Apa makna hidup?

Saya tidur dan saya bangkit. Adakah ini di namakan hidup? Bangun, mandi, solat, online, bersiap ke tempat kerja, hidupkan enjin motor, menunggang belok kanan belok kiri, parking, matikan enjin, berjalan ke Blok, mulakan aktiviti di Blok, habis waktu bekerja, berjalan ke parking, hidupkan enjin motor, menunggang pusing kanan pusing kiri, sampai dekat rumah, matikan enjin, menaiki tangga untuk ke rumah(Kuaters)..mandi,solat, tgk tv, baca paper sekejap, masak, makan,msg nga sorang bdk nme ema, baca buku, online, dengar lagu, berangan dan tidur lagi. Adakah ini yang di namakan hidup?

Berjalan di bumi ciptaan Allah. Menghirup udara nyaman ciptaan Allah. Menikmati segala anugerah ciptaan Allah. Menjalani aktiviti yang sama saban hari. Kemudian saya tidur dan bangkit lagi. Adakah ini di namakan hidup?
Saya masih bertanya!

Siapa yang akan menjawabnya?

Adakah tidak mati itulah hidup? kita adalah hidup selagi kita tidak mati? Adakah?

Hidup ini singkat. Terserah kepada kita bagaimana mengisi kehidupan yang dipinjamkan kepada kita ini. Buat apa yang kita suka asalkan kita bahagia. Asalkan kita senang. Sebenarnya kita tiada sebab untuk bersedih atau kecewa. Allah sentiasa ada bersama kita..Kita tiada sebab untuk berputus asa. Kerana kitalah juara.Sejak di lahirkan ke dunia ini, kita adalah johan kita sudah berjaya! Ya..dalam jutaan sperma, cuma satu yang menjadi juara dan terpilih untuk bercantum dengan ovum..iaitu kita! kitalah juara, kita dah berjaya mengatasi jutaan yang lain. Dan sebagai juara, kita harus buktikan, dimana2 jua dan bagaimana sekalipun-lakukanlah yang terbaik.

Dilahirkan kedunia dengan nikmat iman dan Islam itu juga suatu anugerah yang patut kita syukuri. bayangkan dalam jutaan manusia yang lahir sewaktu dengan kita, hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk di lahirkan dalam Islam, termasuk kita. Subhanallah..bayangkan betapa susahnya insan lain, yang tercari-cari cahaya petunjuk dari Sang Pencipta. bersusah payah mencari Iman dan Islam, tapi kita, tanpa kita pinta, kita sudah pun dilahirkan dalam agama yang indah, dan sempurna ini. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.

Hiduplah sebelum mati. Bagaimana mentafsirkan 'hidup', bergantung kpd diri kita sendiri..sebagaimana lazatnya buah, di definasikan berbeza oleh individu berbeza, begitu juga hidup ini di takrifkan..tepuk dada tanya? bukan seleralah,tapi iman..
Perjalanan masih jauh, tiada siapa yang tahu apa yang bakal menunggu di hadapan..tiada siapa yang tahu di mana destinasi terakhir kita.kecuali Dia...selagi kita masih hidup..berjalanlah tanpa henti..

No comments:

Post a Comment