Wednesday, July 28, 2010

Masa itu Dan Saat itu

Jika sesaat aku mampu berfikir dengan penuh keimanan

pasti aku tak kan melalui waktu itu
dan tidak aku menderita kini
tapi yang berlalu tak mungkin kembali
hanya sejarah yang mengajar diri
tapi cenderung aku
untuk jatuh ke lubang yang sama
berulang-ulang kali


terjatuh, atau menjatuhkan diri?


aku mahu bersahabat denganmu
aku mahu berkisah bersamamu
aku mahu kau dengari aku
aku mahu jaga hatimu
aku mahu gembira denganmu
aku mahu kau tahu tentang aku
dan aku pasti teruja
untuk mengenali kamu


sedang masa lalu
sudah berlaku


kuharap kau
lupakan itu
mulakan sesuatu
yang lebih harmoni
daripada kini
diam kulihat dendam
bisingku bukan hanya mahu perhatian
benar itu satu kesalahan
tapi, bukankah luka perlukan rawatan
dan bukan penyiksaan?


aku hanya mahu berteman
berbual sakan
seperti yang pernah kita lakukan


dulu~

No comments:

Post a Comment