Sunday, January 16, 2011

Sebuah Puisi Untuk Rusuk Kiriku

Kau tidak rasa ;
tapi aku berjalan sendiri,
di bawah lebat hujan,
menjajar sebuah langkah,
yang mendatar jadi keluhan.

Kau tidak faham ;
tapi di hujung terowong,
aku disambut sinar suria suam,
membisik semangat paling membakar,
yang hingga kini bernyala garang.

Kau tidak tahu ;
tapi di akhir perjalananku,
aku simpan semua cinta bahagia,
yang ku kumpul padu jadi hidupku.

Dan kau berdiri di ambang gerbang syurga,
menjadi pemimpin simfoni 44 suara bidadari ;
nyanyikan aku lagu paling mendayu,
sebuah lagu selamat datang.


p/s : hadiahi perkara tercantik untuk anugerah paling berharga Tuhan pernah berikan untuk seorang laki-laki.

Bekalan Harapanku

Kala matahari terik di rantaian awan
Datang sahabat bersila sambil bertanya
Soalan yang sepatut sudah dijangka
"Apakah bekal kau sudah cukup untuk mati?"
"Kerana waktu hampir ke sini"
"ku lihat manusia lain bagai tidak mengerti"
"setengah yang lain masih tercari-cari"
"malah bertengkar apakah perlu bekal itu nanti"

Akal cuba selongkar jawapan
Tidak bersedia diterjah soalan
Walau dengarnya mudah
Tapi hati rasakan susah dan payah
Barulah sedar apa sebenar yang dicari
Ku lihat wajah sahabat tadi
Dan mulai mengerti
Bekal apa yang patut ku bawa nanti

Ku katakan padanya
"Mengapa ditanyakan soal mati"
"Bukankah ia hak Illahi"
"Sudah aku cuba kotakan janji"
"dan rahsia itu untuk Dia hakimi"

"Namun sahabat"
"Satu bekal aku pinta darimu"
"Bila sampai masa aku"
"Saat nanti jasad dan lahad bersatu"
"Cubalah datang temui aku"
"Agar aku tau"
"Kau akan sentiasa mendoakanku"
"Buat penerang ruang kubur sempitku"
"Sebelum dapat kita bertemu"
"Dalam syurga idaman kau dan aku"

Friday, January 7, 2011

aku adalah aku

Saat ini
aku rasakan aku jauh
meninggalkan realiti hidupku sendiri
seolah-olah ada benteng di depan
yang menghalang aku
untuk terus ke depan.


Aku teruskan langkah
biarpun terasa berat kaki ini.


Aku mahu berlari
hingga aku rasa penat
kerna aku mahu serap segala kepenatan itu
sampai satu saat
aku akan rebah
tapi
rebahnya aku rebah penuh kepuasan.


Aku bukan looser
dan aku juga bukan winner
aku adalah aku
yang dulu hidupku penuh dengan kesusahan
aku adalah aku
yang pernah merasai peritnya kehidupan
aku adalah aku
yang tahu sakit itu ada ubatnya.



nak tulis panjang tapi nanti panjang sangat.. :D
terhenti di sini dahulu lah :)

Sini

Aku kembali ke sini
mencari sesuatu yang tak pasti
aku hairan
semakin aku mengejar
semakin pendek langkahanku.

Penatkah aku untuk terus berada di sini?
aku tak pasti
aku hanya mahu tetap di sini
walau sedalam mana isiku dicucuk.

Biar langkah pendek
asal aku masih melangkah
usah difikir derita jiwa.