Saturday, August 27, 2011

Merdeka-Raya 2011


Walaupun dah hampir sebulan kita semua berpuasa dan kini tiba masanya kita semua bakal bergembira di hari raya yang bahagia. Sekarang ada yang tengah packing barang nak balik kampung, servis kereta, beli baju raya dan kalau budak-budak tu tengah buat kira-kira nak beli mercun. Ada jugak yang sibuk mengecat rumah/bilik, hias dengan lampu kelip-kelip bagai. Sungguh seronok nak sambut kedatangan Aidilfitri.

Malangnya tahun ni turn aku untuk bertugas di hari raya sebab tahun lepas aku dah bercuti. Biasa la kalau kerja shift ni, mesti ikut turn. Tak kisah sebenarnya sebab dah biasa macam tu, selama 4 tahun bekerja memang selang seli setahun sekali beraya kat kampung.

Merdeka Raya 2011

Rasanya tahun ni pertama kali kita di Malaysia menyambut Hari Raya serentak dengan Hari Kemerdekaan. Tapi mungkin bertahun-tahun dulu ada pernah jugak kot. Feel untuk menyambut hari merdeka dah tenggelamkan oleh hari raya. Tapi masih ada lagi anak Malaysia yang patriotik memasang bendera kat kereta atau rumah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni semakin kurang rakyat Malaysia yang kibarkan Jalur Gemilang untuk menyambut kemerdekaan negara. Tak tahu la kenapa, mungkin dah ramai yang alpa sebab dah agak lama kita merdeka dan dah hanyut dengan “KEAMANAN” negara.


Mungkin ada yang tak ingat tahun keberapa kita merdeka kali ni dan ada yang tak tahu tema untuk tahun ni. Tahun 2011 Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dengan bertemakan 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Akhir sekali Wadi`s Blog ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan Hari Merdeka sekaligus kepada semua rakyat Malaysia yang membaca entri ni. Ucapan dariku – sempena hari raya ni saya ingin memohon maaf zahir & batin. Semoga anda semua selamat pulang dan kembali bekerja dengan selamat dan semestinya dengan poket yang dah hampir kering…


Salam takziah buat keluarga Mak Ngah ku dengan pemergian suami tercinta Allahyarham Mohd Nasir Bin Ahmad (Pak Ngah) pagi tadi.Semoga Mak Ngah sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.Setiap yang hidup pasti akan pergi.Kerana di sana adalah tempat yang kekal abadi.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah saya ini.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Allah lebih menyayanginya.

Hari Raya hampir tiba, insan tersayang telah pergi menghadap Illahi di bulan penuh barakah ini.Pergi di pagi 28 OGOS bersamaan dengan 28 Ramadhan.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Al Fatihah.

Salam penuh keinsafan dari saya,

(AZWADI BIN AGUS SALIM)


P/S : Sesungguhnya perpisahan itu amat memilukan...
Ia datang tanpa diundang,
Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan,
Yang pasti perpisahan bukan untuk ditangisi,
Tetapi untuk dikenangi.....................