Friday, July 1, 2011

Matahari Tersenyum.


Gambar yang tidak biasa ini menjadi terkenal di internet. Tidak diketahui siapa yang mengambil gambar ini, hanya diketahui pertama kali foto ini tampil di laman Reddit.

Gambar ini memaparkan matahari petang dengan awan melintas didepannya yang memberi kesan wajah dengan dua mata dan bibir yang terbuka sehingga tampak matahari sedang tersenyum The Smiling Sun.


ternyata Matahari pun boleh ramah juga, dan juga mungkin mempunyai rasa humor juga.

wajahnya seperti menunjukkan keceriaan. mungkin saja jika penghuni bumi ini hidup secara rukun dan baik-baik saja tanpa adanya konflik, mungkin matahari akan selalu "tersenyum.


6 Sarang Binatang Paling Menakjubkan


Sejak dulu manusia berlumba-lumba membangunkan bangunan yang megah yang memiliki nilai binaan yang tinggi. Tidak mahu kalah dengan manusia, binatang pun memiliki nilai binaan yang tinggi dalam membangun sarangnya, bahkan keindahannya sering tidak dapat kita bayangkan bagaimana cara mereka membuatnya.

Berikut ini adalah foto-foto dari sarang binatang yang indah dan menakjubkan. Antara lain sarang burung, semut, rayap, katak, berang-berang, dan lain sebagainya. Sarang-sarang ini mereka bangun dengan "tangan" mereka sendiri.





Kompleks sarang semut dibangun oleh banyak anggota koloni. Sarang semut dibangun di bawah tanah atau di atas pohon. Sarang semut ini dapat ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu berongga. Bahan yang digunakan untuk pembangunan adalah tanah dan tanaman. Sarang semut selalu dijaga rapi.



Burung penenun membangun sarang permanen pada pohon dan objek lainnya yang tinggi. Sarang ini akan cukup besar untuk rumah puluhan keluarga burung, berisi beberapa generasi sekaligus.

Sarang yang sangat terstruktur memberikan burung rasa yang lebih aman dibanding kondisi di luar. Pusat kamar tetap panas dan digunakan untuk malam hari dan mengerami telur. Luar ruangan yang digunakan untuk berteduh di siang hari.




Bendungan berang–berang dibuat sebagai perlindungan terhadap pemangsa, seperti coyotes, serigala dan beruang, dan untuk memberikan kemudahan akses ke makanan ketika musim sejuk. Berang–berang selalu bekerja di malam hari dan produktif, membawa lumpur dan batu dengan bahagian depan dipagari dengan kayu yang dipotong dengan gigi.




Lebah madu adalah salah satu spesies dari lebah yang membangun sarangn

ya dari lilin yg berasal dari nektar bunga yang lalu dijadikan menjadi lilin oleh tubuh le

bah sendiri. Sarang lebah sendiri selalu memberikan

banyak manfaat bagi

kehidupan manusia.




Anai-anai bekerja membangun dan mempertahankan sarang koloni mereka seperti rumah. Ini adalah struktur rumit dibuat dengan menggunakan kombinasi dari tanah, lumpur, kayu yang dikunya/ selulosa, dan air liur.

Sarang Rayap terdiri dari terowongan seperti galeri yang efektif memberikan udara dan keseimbangan CO2/O2, serta membolehkanuntuk memindahkan rayap melalui sarang.

Sarang biasanya dibangunkan di bawah tanah, dalam potongan-potongan kayu besar, pohon-pohon tumbang di dalam atau tinggal di puncak pohon.




Seperti namanya, katak ini biasanya ditemui di tempat yang sangat tinggi atau pohon dan tumbuh-tumbuhan yang tinggi. Mereka biasanya tidak turun ke tanah, ketika bertelur mereka membina sarang pada daun dan selama hidup mereka hingga dewasa jarang sekali meninggalkan pokok tersebut.

Kerana Langit Tak Selalunya Cerah


Kerana kita tidak tahu, apa yang akan terjadi seminit lagi selepas saat ini, apatah lagi sehari selepas hari ini atau setahun dari sekarang. Kerana kita tidak tahu apa-apa. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.

Kita terus berlari dan mencari. Mengimpikan yang terbaik dan yang tercantik. Mengharapkan yang mudah tiada yang payah. Menginginkan bahagia tanpa derita. Biarpun kita tahu, esok belum tentu lagi milik kita. Dan kita juga tahu, setiap yang berlaku hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya semata-mata.

Namun, selagi harapan masih ada. Selagi impian masih di dada. Kita terus berbaik sangka dan optimis. Mengukir pelbagai cerita versi kita. Melakar mimpi dalam jaga. Kita berharap dan berdoa. Moga esok akan bertambah baik. Kejayaan mungkin datang pada kemudian hari. Kebahagiaan mungkin akan menghiasi kehidupan mendatang. Kerana sesungguhnya hanya itu yang kita harap-harapkan.

Biarpun sering jatuh dan terluka. Biarpun selalu sakit dan perit. Biarpun langit tak selalunya cerah. Biarpun diri tak selalunya di atas. Biarpun cerita tak selalu indah. Biarpun pelangi tak sentiasa di dada langit. Kerana tiada siapapun antara kita yang inginkan penderitaan dan penyiksaan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegagalan dan kepayahan. Kerana tiada siapa pun antara kita yang inginkan kegelapan dan kesengsaraan.

Hari ini mungkin kita berasa payah hidup sendirian sebatang kara. Lalu kita menadah tangan bermohon kepada Ilahi agar esok kita dikurniakan pasangan dan zuriat yang dapat menemani perjalanan hidup kita. Biarpun kita tidak tahu apa yang menanti di alam berumahtangga . Apakah mungkin hidup bekeluarga lebih sukar daripada hidup sendiri? Kita tidak tahu kerana langit tidak selalunya cerah.

Jangan berasa sedih bila doa kita belum dimakbulkan. Jangan berasa kecewa bila Allah belum kurniakan apa yang kita impikan. Jangan sekali-kali berasa hampa dan beranggapan bahawa Allah itu kejam dan zalim. Ingatlah, mungkin ini sebenarnya lebih baik buat kita. Bukakah Dia memberi ujian hanya kepada hamba-Nya yang mampu.

Mungkin, kepayahan hidup bersendiri ini jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan kepayahan setelah berkeluarga. Kerana kita tidak tahu dan Dia mengetahui segalanya. Dan sungguh, langit tak selalunya cerah.

Analogi yang mudah. Kita mungkin tidak gembira memandu sebuah kereta buruk, lembap dan uzur. Sering rosak sana sini. Lalu kita mengimpikan sebuah kereta baru yang cantik, mantap dan cekap. Dan kita terlupa, langit tidak selalunya cerah. Bilamana kita memiliki kereta yang baru dan cekap, kita mungkin memandu lebih laju dan akan mengakibatkan kemalangan.

Dan mungkin kaki atau tangan kita akan putus atau patah. Cacatlah kita. Sedangkan dengan kereta buruk kita sempurna kaki dan tangan. Dan mungkin waktu itu barulah kita sedar, alangkah indahnya hidup kita jika kita tidak memiliki kereta baru dan masih lagi memandu kereta buruk.

Sungguh, kerana kita tidak tahu apa-apa.

Maka, nikmatilah setiap kepayahan yang sedang kita galas dengan penuh rasa rendah diri. Hargailah setiap penderitaan yang sedang kita alami dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana mungkin, esok lebih payah dari hari ini. Kerana kita tidak tahu apa-apa.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadid pada ayat ke 22 dan 23;

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikianitu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Dan Allah juga berfirman dalam Surah At-Taghaabun ayat yang ke-11;

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Nikmatilah dan hargailah hari ini. Seolah-olah esok tiada lagi buat kita.

Allah berfirman, “Sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah mencukupkan keperluannya.” Surah At-Talaq : Ayat 3

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Surah Al-Faatihah : Ayat 5


Selamat Pengantin Baru Wazini Dan Karamiah.

Diari Cinta Pengantin Baru. ... terus melemparkan senyuman selamat bergelar suami selepas bertukar ungkapan luahan cinta ... Perwatakannya yang baik dan ramah menyebabkan dia disenangi oleh kawan kawan dan manusia persekitaran. .... andai perasaan ini baik, ku mohon Kau suburkannya dengan cinta-Mu” di dalam hati mereka. ...

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah hubungan yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -