Friday, October 29, 2010

Hanya Itu yang Kuharapkan

Tangan ini milik Dia. Kaki ini milik Dia. Jasad ini milik Dia. Nyawa ini juga milik Dia. Tiada satu pun milikku. Aku sekadar peminjam. Yang telah menandatangai suatu perjanjian, untuk terus taat dan setia kepada-Nya sejak aku dalam kandungan bonda. Hingga ke suatu masa yang aku sendiri tidak tahu bila. Ya. Perjanjian ini aku pikul, sejak aku menjengah dunia, hingga aku kembali meninggalkan bumi yang fana ini.

Aku berjanji dan bersumpah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah. Aku berjanji dan berikrar, hanya pada-Nya aku berserah dan hanya pada-Nya aku memohon pertolongan. Akulah hamba itu. Yang berikrar dan berjanji namun aku jugalah yang sering menodai janji-janjiku.

Oh Tuhan. Betapa besar dosa-dosaku. Betapa beratnya tanggungan dosa yang aku pikul dibahuku ini. Betapa hinanya aku. Sering mungkir janji. Mudah lupa diri. Mudah-mudah saja aku melanggar ikrar dan sumpahku pada-Mu. Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri Ya Allah.

Oh Tuhan.

Apakah masih ada ruang keampunan dari-Mu buatku?
Apakah masih ada ruang untuk aku bertaubat dan kembali pada-Mu?
Apakah masih ada sinar harapan buatku?
Apakah masih ada tempat untukku di syurga-Mu?

Layakkah aku menjadi penghuni Firdausi?
Layakkah aku bertemu kekasih-Mu?

Aku rindu dia namun sering saja aku alpa dan lupa. Menjadi hina dina.

On Tuhan.

Sungguh aku malu.

Terlalu banyak nikmat yang Kau berikan padaku namun aku tegar mengkhianati-Mu.

Terlalu banyak anugerah-Mu untukku namun tergamak aku mengingkari.
Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah. Tanpa keampunan-Mu, aku golongan yang rugi.

Pimpinlah hatiku Ya Tuhan, jangan biar aku hanyut. Jangan biar aku jauh.
Pegang aku dekat dengan-Mu. Kerana aku percaya dan yakin. Suatu hari nanti, aku juga pasti mati. Semuanya akan aku tinggalkan. Di sana kelak aku sebatang kara. Hanya limpah kasih dan rahmat-Mu yang aku harapkan. Hanya itu yang mampu menyelamatkan aku di negeri abadi.

Lindungilah aku Ya Rabb.
Assalamualaikum...
Setelah seminggu bercuti di kampung ari nih saya akan bekerja kembali seperti biasa...rase mcm x puas je dok kt kg...sminggu di kampung mcm2 kenangan yg tercipta...smuanya knangan manis kot...hehe at least salah satunya wktu date dgn si dia...tempat pilihan ari ahad lepas ialah di Jusco Ipoh.awal2 lagi saya dah kluar sebab x sabar sgt nk jmpe dia..mcm2 prasaan menjelma...nervous..gembira..takut...huhu x dpt la nk di gambarkan keadaan yang sewaktu dgnnya...selama ampir sejam menunggu bru lah si dia tiba...lmbat kn?? at least xpelah sbb saya x ksah sgt...biar sy tunggu org jgn org tnggu sy... :))
pastu kitaorng pusing2 satu jusco...mkn kfc...tgk wayang, "cuti-cuti cinta",karoake...erm epi sgt time 2...ok la kengkawan...smpai di sini shj la coretan buat arini...doakan kan ye smoga akan byk lg knangan2 manis yg tercipta buat dri sy nnti...Insyallah...saya sayang anda smua..

Tuesday, October 19, 2010


Doa Nurbuwwah

Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.

Jibril berkata kepada Nabi: “Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di serahkan kepadamu ya Rasulullah.”

Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa ini, antaranya:

1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yangberhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat.Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yangmengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.

2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.

3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka deng

an berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.

4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.

5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.

6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akanmengampuni segala dosanya.

7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah m

usuh akan menjadi sayang pada anda.

8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripadasegala musuh.

10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.

11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.

12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.

13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.

14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.

15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.

16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.

17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.

18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.

19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan

turun dari langitmemohonkan ampun untuk orang yang membacanya.

20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.

21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”

22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.

23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan,pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berke

naan.

24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.

25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.

26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.

27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.

28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa in

i, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.

29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.

30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.

31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau

penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.

32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas,bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.

33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”

34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, b

erpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.

Inilah doanya: :BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“ALLAAHUMMA DZIS SULTHAANIL ‘AZHIM, WA DZIL MANNIL QADIIM, WA DZIL WAJHIL KARIIM, WA WALIY YIL KALIMAATI TAAMMAATI WAD DA’AWAATIL MUSTA JAABAH, ‘AAQILIL HASANI WAL HUSAINI MIN ANFUSIL HAQQI ‘AINIL QUDRATI WAN NAAZHIRIINA WA’AINIL INSI WAL JINN, WA IN YAKAADUL LADZIINA KAFARUU LI YUZLIQUUNAKA BI ABSHAARIHIM LAMMAA SAMI’UDZ DZHIKRA, WAYAQUULUUNA INNAHUU LAMAJNUUN, WA MAA HUWA ILLAA DZIKRUL LIL ‘AALAMIIN. WA MUSTAJAABU LUQMAANIL HAKIIM. WA WARITSU SULAIMAANABNI DAAWUDA ‘ALAIHIMAS SALAAM.

AL-WADUUD (tujuh kali AL WADUUD) …………………….(Sebutkan hajat di hati kepada Allah s.w.t.)

DZUL’ARSYIL MAJIID. THAWWIL ‘UMRII WA SHAHHIH AJSAADII WAQDHI HAAJATII WAKTSIR AMWAALII WA AULAADII WAJ ALNI HABBIBAN LIN NAASI AJMA’J IN. WA TABBA’ADIL’ADAAWATA KULLA MIMBANII AADAMA ‘ALAIHIS SALAAM. MAN KAANA HAYYAUW WA YAHIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN. WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQAL BAATHIL, INNA BAATHILA KAANA ZAHUUQAA. WA NUNAZZI LU MINAL QUR’AANI MAA HUWA SYIFAAUW WARAHMATUL LIL MUKMINIIN. WA LAA YAZIIDUZH ZHAALIMIINA ILLAA KHASAARAA. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YASHIFUUN, WA SALAAMUN ‘ALAL MURSALIIN, WAL HAMDU LIL LAAHI RABIIL ‘AALAMIIN”.

Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin.Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Monday, October 18, 2010

Keindahan Itu...







Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.


Sunday, October 17, 2010

Paku Itu


“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.


“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.


“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?


“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.


“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”


“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”


“Maksud ibu?”


“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”


Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya terus mengekori bayangan awak. Saya mencabar awk dengan kejujuran saya. Saya tahu yang saya tidak bertepuk sebelah tangan. Dan saya berjanji, awak bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar saya. Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Hati saya bagai diketuk-ketuk oleh tangan nakal awak.



Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya temui, kamus cinta itu…

Friday, October 15, 2010

Hidup VS Mati

Alhamdulillah, hari ini saya masih lagi membuka mata. Saya masih hidup. Alhamdulillah hari ini darah saya masih mengalir membawa oksigen untuk di agihkan ke seluruh sistem tubuh badan saya, jantung saya masih berfungsi mengepam darah, paru-paru saya masih berfungsi bekerja menerima gas oksigen dan menghantar keluar gas karbon dioksida.Sudah lebih kurang 24 tahun lamanya saya telah hidup namun hingga kini saya masih tertanya-tanya.

Apa makna hidup?

Saya tidur dan saya bangkit. Adakah ini di namakan hidup? Bangun, mandi, solat, online, bersiap ke tempat kerja, hidupkan enjin motor, menunggang belok kanan belok kiri, parking, matikan enjin, berjalan ke Blok, mulakan aktiviti di Blok, habis waktu bekerja, berjalan ke parking, hidupkan enjin motor, menunggang pusing kanan pusing kiri, sampai dekat rumah, matikan enjin, menaiki tangga untuk ke rumah(Kuaters)..mandi,solat, tgk tv, baca paper sekejap, masak, makan,msg nga sorang bdk nme ema, baca buku, online, dengar lagu, berangan dan tidur lagi. Adakah ini yang di namakan hidup?

Berjalan di bumi ciptaan Allah. Menghirup udara nyaman ciptaan Allah. Menikmati segala anugerah ciptaan Allah. Menjalani aktiviti yang sama saban hari. Kemudian saya tidur dan bangkit lagi. Adakah ini di namakan hidup?
Saya masih bertanya!

Siapa yang akan menjawabnya?

Adakah tidak mati itulah hidup? kita adalah hidup selagi kita tidak mati? Adakah?

Hidup ini singkat. Terserah kepada kita bagaimana mengisi kehidupan yang dipinjamkan kepada kita ini. Buat apa yang kita suka asalkan kita bahagia. Asalkan kita senang. Sebenarnya kita tiada sebab untuk bersedih atau kecewa. Allah sentiasa ada bersama kita..Kita tiada sebab untuk berputus asa. Kerana kitalah juara.Sejak di lahirkan ke dunia ini, kita adalah johan kita sudah berjaya! Ya..dalam jutaan sperma, cuma satu yang menjadi juara dan terpilih untuk bercantum dengan ovum..iaitu kita! kitalah juara, kita dah berjaya mengatasi jutaan yang lain. Dan sebagai juara, kita harus buktikan, dimana2 jua dan bagaimana sekalipun-lakukanlah yang terbaik.

Dilahirkan kedunia dengan nikmat iman dan Islam itu juga suatu anugerah yang patut kita syukuri. bayangkan dalam jutaan manusia yang lahir sewaktu dengan kita, hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk di lahirkan dalam Islam, termasuk kita. Subhanallah..bayangkan betapa susahnya insan lain, yang tercari-cari cahaya petunjuk dari Sang Pencipta. bersusah payah mencari Iman dan Islam, tapi kita, tanpa kita pinta, kita sudah pun dilahirkan dalam agama yang indah, dan sempurna ini. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.

Hiduplah sebelum mati. Bagaimana mentafsirkan 'hidup', bergantung kpd diri kita sendiri..sebagaimana lazatnya buah, di definasikan berbeza oleh individu berbeza, begitu juga hidup ini di takrifkan..tepuk dada tanya? bukan seleralah,tapi iman..
Perjalanan masih jauh, tiada siapa yang tahu apa yang bakal menunggu di hadapan..tiada siapa yang tahu di mana destinasi terakhir kita.kecuali Dia...selagi kita masih hidup..berjalanlah tanpa henti..

Thursday, October 14, 2010

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah, Tuhan sedang menduga saya, mungkin sebagai tanda kasih-Nya kepada saya, agar saya lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Barangkali, selama tiga tahun kebelakangan ini, hidup saya mendatar, semuanya mudah dan senang untuk saya peroleh, barangkali, selama ini saya alpa dan leka, terlalai dan terkhilaf. Kali ini, peringatan Allah cukup jelas buat saya.

"Stop playing safe!"

"Work harder, move on!"

Saya percaya Allah sayangkan saya. Tanpa kasih dan sayang-Nya, siapalah saya, lemahlah saya. Saya percaya, Allah sentiasa ada untuk saya. Saya percaya, Allah ada rancangan-Nya yang lebih baik untuk saya. InsyaALlah, alhamdulillah, saya akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Mudah-mudahan, ujian kali ini membuatkan saya lebih mendekati Allah, minta dijauhi, jauhkanlah diri ini dari sikap putus asa. Buruk sangka dan lemah.

Allahu Allah..

Masa terus berjalan.. detik demi detik, hari demi hari... Saya kini berlumba dengan masa! Berikan aku kekuatan ya Allah, tunjukkanlah aku jalan, permudahkanlah urusanku.

Ada masanya, bila kita buntu, tidak tahu mahu ke kanan, atau ke kiri, maka berserahlah kepada ALlah, mohon petunjuk dan perlindungan dari Allah, Ya Allah, moga-moga, cukuplah Engkau bagiku ya Allah, moga-moga, aku tidak perlu mengharapkan sesiapa melainkan Engkau Ya Allah. Engkau Yang Maha Berkuasa. Cukuplah Engkau sebagai penolongku.

Hidup mesti diteruskan, dengan semangat. Jangan mengalah, jangan kalah, jangan jadi orang yang lemah.

Sudah lama saya tertidur, terima kasih kepada dia yang mengejutkan saya dari tidur yang panjang, terima kasih Tuhan.. Segalanya, aku terima, baik atau buruk, semuanya dari Engkau, tiada apa pun yang terjadi di dunia ini, tanpa izin-Mu. Engkau Maha Berkuasa.

Tidak masuk syurga bagi mereka yang tidak pernah di uji. Allahu Allah. Aku rindukan syurga-Mu.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, doakan saya ya, semoga mendapat jalan penyelesaian, semoga dipermudahkan urusan. InsyaAllah, moga Tuhan makbulkan doa kita semua. Amin ya rabb..

Terima kasih Allah, segalanya ku terima. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan, dan mematikan. Tuhan yang berkuasa atas segalanya, Tuhan sekalian alam.

Hidup adalah suatu perjalanan yang memerlukan kita terus belajar, menuntut proses pembelajaran yang berpanjangan. Sejak dari rahim ibu sehinggalah kita kembali menjadi tanah.

Maha suci Allah yang Maha Bijaksana Lagi Maha Agung. Di dalam kandungan ibu, kita 'tidur' dengan lenanya, penuh keselesaan. Diberi makan tanpa perlu meminta. Diberi perlindungan tanpa sempat kita merasa sakit atau takut. Manusia ciptaan Allah yang hebat. Kita sebaik-baik makhluk. Namun pernahkah kita bersyukur dan muhasabah diri?
Tiada manusia yang terus berlari sebaik sahaja keluar dari perut ibu. Mulanya kita menangis. Hanya tahu menangis. Minum susu dan berkumuh. Seiring dengan peredaran masa, kemudiannya kita mula belajar tersenyum, belajar ketawa. Masa terus berjalan, usia kita pun kian meningkat. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun berganti tahun. Kita belajar meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan macam-macam lagi.
Makin kita meningkat dewasa, makin banyak yang harus kita pelajari. Dalam sedar dan tanpa sedar. Makin kita meningkat dewasa, ujian dan dugan hidup juga kian bertambah, masalah datang kian bertimpa-timpa. Bertali arus menguji kekuatan diri.

Allah beri dugaan setimpal dengan kemampuan kita.. Kerana Dia yang menciptakan kita, Dia jugalah yang lebih mengetahui keupayaan kita. Allah juga tidak pernah menzalimi diri kita tetapi kitalah yang sering menganiaya diri kita sendiri.

Aturan Allah semuanya sempurna dan tiada sedikit pun yang pincang. Tapi kita manusia sering saja bertindak diluar batasan. Suruhan Allah tidak kita patuhi, larangan Allah pula kita langgar sesuka hati kita. Sudahnya, diri kita sendiri yang terhukum. Menanggung akibat dari setiap apa jua yang telah kita lakukan. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Seandainya bukan di dunia, akhirat setia menanti.

Belajar jangan berhenti. Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Belajar dari mereka yang dekat dengan kita, belajar dari mereka yang terlebih dahulu mengenal dunia. Belajar dari setiap apa jua yang berlegar dari sekeliling kita, mengambil ibrah dari setiap peristiwa. Belajar dari buku dan kitab, dari Al-Quran. Belajar dari alam, ciptaan Ilahi yang pelbagai. Belajar jangan jemu.

Jika jatuh, bangkit. Lompatlah lebih tinggi. Jika sesat, carilah jalan pulang. Jalan yang terbaik. Jika keliru, bertenanglah, pintalah petunjuk dari Allah. Jika lemah, carilah kekuatan. Atasi kelemahan itu. Jika lelah carilah tempat untuk berpaut. Kemudian teruskan langkah. Jika kalah jangan terus mengalah. Berlari lebih laju. Jika gagal jangan terus menyerah. Ubah strategi.
Belajar untuk menjadi lebih baik, jangan berputus asa. Wahai diri. Belajarlah lagi.

Sunday, October 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Angkasawan

Ahad,10 Oktober 2010 merupakan hari bersejarah buat angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana beliau akan menamatkan zaman bujangnya.Mungkin perkahwinan Angkasawan Negara sedikit sebanyak membuatkan gadis-gadis di luar sana berasa kecewa kerana beliau sudahpun mempunyai gadis melayu pilihan hatinya,iaitu Dr Halina.Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dengan Dr. Halina Mohd Yunosmerupakan perkahwinan terbesar pada tahun 2010. Perkahwinan yang berkonsepkan Istana Kayangan itu akan disiarkan secara langsung menerusi slot NONA di TV3.
Aku ingin merakam ucapan Tahniah buat pengantin Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina di atas perkahwinan gilang gemilang. Semoga perkahwinan beliau mendapat keberkatan DariNya. Selamat menempuh alam perkahwinan, semoga perkahwinan beliau berkekalan abadi sehingga ke anak cucu. Amin…

Saturday, October 9, 2010

Sebenarnya...

Sebenarnya
Saya masih keliru
Saya masih tak pasti
Saya masih mencuba


Adakah jalan yang senang untuk saya pilih
Yang mudah ke destinasi
Yang tiada apa boleh menolak dan mengasari perjalanan saya
Yang menemui penghujungnya
Saya bukan siapa-siapa
Yang boleh megah memilih jalan mudah
Saya tak bisa menepis segala bentuk duri yang makin lama makin banyak di dasar jalan itu
Namun saya tidak pula begitu enteng dan rapuh juga dungu dalam memilih yang terbaik untuk diri saya.
Adilkah setiap inci dalam lakaran hidup saya ini?
Pasti tidak.Setiap saat yang saya pinjam dari peredaran masa sebenarnya tidak pernah memberi keadilan pada saya.
Tetapi hanya terus berdetik menanti apakah tindakan saya untuk mengubah apa yang sudah terjadi.


Apa yang terjadi semalam, biarkan
Tapi saya hanya mampu mencuba untuk mengubah hari
esok...

Awk!!!



sayang…
cinta saya hanya untuk awak..
setiap nafas saya hanya untuk awak..
sebelum mata di pejam,awk terakhir di ingatan saya..
saat pagi menjelma, awk dahulu di fikiran saya..
sihatkah awak..
dah makan kah?
saratnya rasa rindu di hati ni..
ingin saja saya berlari dan memeluk diri awk..
tp saya tak mampu..
dalamnya sayang saya untuk awak.

sayang

harini saya nak bercakap tentang sayang.

sayang, ialah perasaan random dan bukan bole dirancang,
atau paksa, atau cuba atau pura-pura.

secara jujurnya, kita hanya akan sayang sesuatu yang cantik,
bukan buruk , hodoh atau serba kekurangan.
kerana, sayang seperti cermin mata ajaib.
seperti kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder.
dan cantik pada saya tak semestinya cantik pada orang lain.

seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya.
seorang perempuan yang gemuk, akan disentiasa dipandang cantik oleh lelaki yang mencintainya.


kerana seperti sepasang kasut, kita tidak memilih kasut kerana warna dan
jenamanya. tetapi, kita memilih kasut yang selesa untuk kita pakai sampai bila-bila.

Batch 02/03 Binaan Bangunan, Sekolah Menengah Teknik Slim River

Pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita, sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Baru-baru ini, teman lama ketika di bangku sekolah menengah berkongsi gambar-gambar kenangan ketika di sekolah lama. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu namun ingatan bersama teman-teman masih subur dalam ingatan.

Satu persatu bila diimbas semula, bagai tayangan gambar perdana, segar dalam kenangan dan tidak pernah padam. Indahnya zaman bergelar remaja. Zaman di mana kita mula belajar erti perasaan, erti kehidupan. Zaman yang paling dirindui...

Maaf saya lupa dari mana saya baca petikan berikut (jika sesiapa boleh kongsi, silakan) :

"Ada orang, pertama kali lalu jalan yang berlubang, sebab tak tahu, lalu jatuh ke dalam lubang tersebut."

"Kali kedua lalu jalan yang sama, sebab dah tahu lubang, tapi tak sempat mengelak, jatuh lagi. Tapi lebih cepat naik ke atas sebab dah ada pengalaman jatuh yang pertama."

"Kali ketiga lalu lagi, maka berhati-hati agar tidak jatuh lagi ke dalam lubang yang sama."

"Kali keempat pula, mungkin tidak melalui jalan yang sama lagi, cari jalan lain yang lebih baik."

Belajar dari pengalaman, bila jatuh, melompat lebih tinggi. Bila jatuh berusaha untuk kembali bangkit. Bila jatuh, berusaha untuk tidak jatuh lagi pada tempat yang sama. Bila jatuh, insyaAllah belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Kita bagaimana? Adakah kita pernah belajar dari pengalaman? Adakah kegagalan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya atau bagaimana?

Saya sendiri pernah menangisi kegagalan. Pernah jatuh tersungkur enggan berdiri lagi. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya kerana Dia saya akhirnya tersedar dari lena yang panjang. Bukan mudah memulakan hidup baru selepas gagal sekian lama. Bukan mudah melupakan segala kisah hitam untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Bukan mudah untuk bangkit kembali. Saya mengerti kerana itulah yang telah saya lalui. Berkata-kata jauh lebih mudah dari melaksanakan. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya kita dan Dia yang tahu, segala derita dan sengsara. Perit dan pedih.

Lalu, mengapa bila kita diuji, kita mencari teman-teman? Mencari hiburan kononnya untuk menenangkan segala kekusutan? Sedangkan hanya kita yang paling mengerti, kenapa tidak kita selami hati kita sendiri? Apa mahunya hati? Apa yang boleh membahagiakan hati? Apa yang mendamaikan dan mententeramkan? Tentunya kita dan Dia lebih mengetahui.

Belajarlah untuk menjadi teman yang paling baik kepada diri sendiri. Dan ALLAH sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan dan rintihan hati kita. Pujuklah diri sendiri kerana jika bukan kita, siapa lagi yang mampu? Sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka dan berbaik sangka. Jangan bebankan diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan buruk yang belum pasti lagi kesahihannya. Menyesakkan fikiran. Melemaskan dada. Lepaskanlah simpulan itu dengan cermat.

Belajar untuk melupakan dan memaafkan. Jangan biarkan kesakitan yang sama tanpa jemu menyakitkan hati kita. Hanya kita yang mampu mengubahnya dengan izin Allah. Ubahlah racun menjadi penawar. Tukarlah kesunyian menjadi ketenangan.

Kita mampu, kerana kita adalah teman yang paling baik, yang paling mengerti perihal hati kita selain Allah..

Seimbangkah Kita?


Bayangkan kita sedang berjalan merentasi jambatan Pulau Pinang, atau mana-mana jambatan yang lebarnya beberapa meter. Tentunya kita dapat merentasinya dengan mudah tanpa perlu bimbang terjatuh ke bawah. Dan cuba bayangkan pula, kita sedang merentasi sebuah sungai dengan meniti di atas sebatang kayu yang diletakkan diantara dua tebing.Saya percaya, tidak semua orang mampu melakukannya dengan mudah. Mungkin banyak orang akan jatuh ke dalam sungai kerana gagal mengimbangi badan atau tersilap langkah atau mungkin tergelincir. Tersilap langkah biarpun sedikit, tentunya memberi impak yang sangat besar!

Dan kini cuba bayangkan pula bagaimana Titian Siratulmustakim. Halusnya lebih halus daripada rambut. Di 'tebing seberang' syurga menanti dan dibawahnya api neraka yang panas menyala menunggu masa mahu menyambar manusia berdosa yang terjatuh ke dalamnya.

Ada orang merangkak-rangkak, ada juga yang mengengsot tidak kurang banyak juga yang terjatuh ke bawah. Ada yang berlari-lari di atas titian tersebut dan ada juga yang terbang seperti kilat, sesuai dengan amalan mereka ketika hidup di bumi yang fana. Siapa yang banyak melakukan kebaikan dipermudahkan perjalanannya menitian titian sirat, dan berbeza dengan mereka yang banyak melakukan kejahatan. Api yang menyambar menantinya di neraka. Naauzubillahiminzalik.

Syurga atau neraka. Di antaranya ada garisan yang membataskan. Banyak orang cenderung memilih kemaksiatan, lalu menjuruskan diri mereka ke neraka. Dan ada juga yang banyak melakukan kebaikan, namun dengan sekelip mata telah melanggar batasan antara syurga dan neraka. Mereka gagal membezakan dosa dan pahala, akhirnya mereka telah menganiaya diri mereka sendiri dengan melakukan kemaksiatan.

Dan sesungguhnya hanya neraka sebaik-baik tempat bagi mereka yang mengingkari perintah Tuhan.

Dunia dan akhirat. Syurga dan neraka. Dosa dan pahala. Kejahatan dan kebaikan. Semoga kita sentiasa jelas, tidak lupa diri dan tidak lupa akan garisan yang membentengi antara keduanya agar kita sentiasa berpijak pada bumi yang nyata, gentar untuk melakukan dosa dan gembira bila dapat berbuat kebaikan.

Ada orang terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke negeri abadi. Dan ada juga sesetengah orang yang terlalu sibuk mengejar akhirat sehingga terlupa pada bumi yang sedang dipijaknya. Mereka adalah orang-orang yang tidak tahu menyeimbangkan antara keduanya dan ini adalah bercanggah dengan tuntutan syariat Islam.

Ada orang bahagia di dunia. Dikurniakan harta yang banyak, anak-anak yang bijak dan comel, isteri yang cantik, kereta besar, rumah besar dan segalanya mewah. Namun sayangnya bila di akhirat, mereka dimasukkan ke neraka sebagaimana firman Allah dalam Surah Al -Qasas..

"Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi, kemudian pada hari kiamat dia termasuk orang2 yang diseret (ke dalam neraka)??" Surah Al-Qasas: Ayat 61.


Mereka adalah golongan yang rugi. Naauzubillahiminzalik. Semoga kita dilindungi dan tidak tergolong dalam golongan yang diseret ke neraka itu. Seharusnya kita berbuat amal kebajiikan dan kebaikan, berusaha untuk mengejar akhirat namun pada masa yang sama, tidak pula melupakan dunia sebagaimana firman Allah dalam ayat berikut;

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dengan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." [Al-Qasas : Ayat 76]

Kebahagiaan dan kesenangan di dunia, kadang kala menjadi barah yang memakan diri, mengundang kecelakaan buat diri kita sendiri di akhirat kelak. Ini kerana lumrah manusia mudah lupa diri bila dilimpahi dengan kesenangan. Oleh itu, tidak kira dalam apa jua yang kita lakukan, haruslah kita sentiasa ingat kepada Allah, selalu ingat mati, ingat dosa dan pahala, juga ingat syurga dan neraka. Jangan biarkan kealpaan dan kelalaian kita membinasakan diri kita di negeri akhirat kelak.

Dan Allah swt juga telah berfirman;

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang maha mendengar lagi maha mengetahui."
[Al-Ankabut: Ayat 5]

"Barangsiapa datang dgn membawa kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang LEBIH BAIK drp kebaikannya itu; dan barangsiapa yg membawa kejahatan, maka orang2 yg telah mengerjakan kejahatan itu HANYA diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan. "
[Al-Qasas : 84]


Akal yang waras tentunya tahu memilih syurga. Namun nafsu yang jahat, serta godaan dan hasutan syaitan sering membuat kita cenderung untuk melakukan kemaksiatan dan meninggalkan kebaikan. Andai iman senipis kulit bawang, akhirnya dengan begitu mudah benteng yang membataskan antara syurga dan neraka hancur dan musnah.. Begitu mudah keseimbangan antara dunia dan akhirat juga terkhianati.

Andai iman dan akal gagal berfungsi dengan baik. Batasan dan garisan yang membezakan antara dosa dan pahala seolah-olah tidak kelihatan.

‎"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku." Surah Al-Qasas : Ayat 16

Mari renungkan. Sama-sama kita muhasabah diri. Saling mengingatkan antara satu sama lain kerana lumrah manusia mudah alpa dan leka. Semoga kita dapat mengimbangkan dunia dan akhirat dengan sebaik yang mungkin sebagaimana firman Allah swt..

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dengan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." [Al-Qasas : Ayat 76]

Kita idamkan syurga, dan semoga syurga menjadi milik kita. Berdoalah sebagaimana Musa a.s berdoa dan memohon petunjuk daripada Tuhan,

"Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku ke jalan yang benar."
[Surah Al-Qasas : Ayat 22]

Amin ya rabb..